Cerpen : Kisah Gadis Lara
Friday 12 June 2015 • 1:34 pm • 0 comments

"Alina, cepatlah. Cikgu dah panggil tu. Kita nk msuk kelas skrg.", Miza panggil Alina yg sedang mengelamun. Aku tak sedar yg aku semakin meningkat ke alam kedewasaan. Tahun ini aku akan mengambil Sijil Peperiksaan Menengah (SPM). Tahun lalu, aku sedang mengambil PMR.
Sekejap sahaja aku dah jadi senior sekolah atau firaun sekolah. Hahaha.
" Weh Alin, kau tercengang apa lagi tu? Kejap lagi bising pulak Cikgu Zarina sbb masuk lambat", marah si pen.ketua pengawas atau dikenali sebagai Ummi. "Ala, garang betullah pen.ketua pengawas ni. 
Mentanglah anak kesayangan cikgu. Hahaha",aku ketawa sambil membalas kata-kata Ummi. Ummi hanya mencebik dengar kata-kataku. Aku tahu Ummi bukanlah seorang yang jenis tersentap dan pendam sebab Ummi yg aku kenal seorang yg tidak memendam dan tidak terasa dengan lawak kawan karibnya. 
Jenis yang okay dengan semua orang.
 Kemudian, aku dan pelajar-pelajar kelas 5 Murni bergerak ke Makmal Biologi untuk melakukan satu eksperimen tentang mekanisme peredaran darah amfibia atau katak. "Kejap lagi eksperimen bedah katak ke weh? Ya allah!,gelinya aku. Aku fobia tgk darah bagai ni. Tambah lagi bedah katak. Geli weh geli",ngomel Miza sambil membuat gaya gediknya. Aku dan Ummi hanya tertawa melihat kerenahnya.
Miza seorang yang adventureous, sukakan game outdoor atau senang cerita, dia suka benda-benda lasak.
Tak sangka pulak aku, Miza seorang yg gelikan seekor amfibia. Sebab dia pernah bermain dgn ular. 
Ketika tertawa melihat kerenah Miza tiba-tiba, " Umairah Alina selaku Pengerusi Kelab Catur, mesyuarat catur yg cikgu umumkan haritu. Mesyuaratnya harini atau esok ? ", Amin yang datang entah dari mana tetiba menanya kepadaku. 
Dia sengaja menekankan perkataan 'pengerusi'. Mungkin dia masih tidak puas hati dengan pencalonan haritu. "Esok dan selepas bunyi loceng waktu ke-9 maknanya sebelum balik dekat Bilik Wawasan.",aku menjawab acuh tak acuh lalu terus masuk ke makmal sambil tidak mengendahkan Miza dan Ummi yg masih rancak berbual di luar makmal. 
"Okay class, kamu tahu kan harini ada eksperimen. Mana volunteer yg sepatutnya bawa katak untuk kita semua?",Cikgu Zarina menanya sambil melihat pelajar-pelajarnya. Dia tahu siapa yg sepatutnya membawa katak. Amin dan Zaki berdiri dari tempat duduk mereka sambil membawa katak yang disimpan di dalam balang yang besar.
 "Kau jaga Alina, aku akan kenakan kau.",Amin bermonolog sendirian. Sampai di meja Alina, Amin sengaja membuka balang di depan Alina.
"Arghh !,katak terlepas. Apa kau ni Amin.",Miza menjerit kemarahan kepada Amin. Amin hanya tertawa melihat gelagatnya. Aku cepat-cepat menangkap katak yang baru terlepas kemudian Amin berkata " Cikgu, Alina sengaja kenakan saya. Dia tengok katak tadi, tak tutup penutup balang elok-elok". Dia senyum kejahatan.
 Cikgu hanya menggelengkan kepalanya. Dia tahu perselisihan fahaman antara dua pelajarnya ini.
"Alina, kamu yang akan tunjuk bagaimana nak bedah katak ni dan tunjuk bahagian peredaran darah gandaan dua tidak lengkap.",Cikgu Zarina memberi arahan kepadaku. Aku hanya mengangguk dan aku tahu cikgu tidak membelahi sesiapa pun. Dia hanya ingin menjadi seorang yang adil. 
Habis sahaja waktu Biologi,jam aku menunjukkan waktu rehat. Aku bergegas ke kantin untuk memenuhi
perut aku.Tiba-tiba ada junior tegur aku dari jauh, "Kak Alina ! Tunggu sekejap."
Aku berhenti sambil bertanya " Kenapa Syamil ? Ma'am cari akak ke ?"
"Ha'ah, dia suruh akak buat carta organisasi Kelab Fotografi & Video. Minggu depan Pengetua dah nak tengok"
"Aduh,minggu depan aku ada terlibat dengan persiapan perbarisan rumah Merah", getus aku dalam hati.
"Yelah nanti akak siapkan minggu ni jugak sebab minggu depan akak busy. Akak nak gi makan dulu,Syamil. 
Adik g masuk kelas tau, nanti Pengetua nampak pulak"

*******************************************



" Weh haritu kau tahu tak Amira dengan Erni bergaduh kes berebut si Amzar tu ?" tanya Miza kepada Ummi. Aku hanya mendiamkan diri sambil menikmati makanan kesukaanku. 
"Kau ni tak habis2 minta duit ja dekat ayah. Ayah kan tengah takde duit tu!"aku memarahi kepada abangku yang suka menghabiskan duit untuk bermain judi. 
"Kau diam ah! kau tahu ape, kau tu budak lagi. Tak payah nak arahkan aku sangat lah!" 
"Kau tu kaki judi! suka menghabiskan duit untuk benda haram macam tu!". lalu abangku terlalu geram 
melihat aku yang suka melawan katanya, dia memberi satu tamparan yang kuat hinggakan aku terjatuh tersembam.
"Hashim ! Kenapa biadap sangat kamu ni dengan adik kamu?! Keluar kamu dari rumah sekarang! Jangan nak balik lagi." ayah mendengar aku tersembam ke lantai akibat ditampar oleh abang. Dia terlalu marahkan abang dari dulu lagi tetapi baru sekarang dia lepaskan kemarahannya itu disebabkan abang menamparku hingga berdarah bibirku.
Aku masih teringat peristiwa lalu sehingga tanpa kusedar air mataku sudah membasahi pipiku sambil aku memegang bibirku yang masih luka akibat menerima tamparan oleh abangku.
"Weh Alin, kau kenapa ni tetiba menangis ?" Ummi terkejut melihatku sambil mengelap airmataku.
"Hah? Oh, mata aku masuk habuk lah!"alasan basi yang aku selalu bagi jika aku menangis tanpa disedari.
"Kau tak payah tipu lah Alina, aku kenal sangat dengan perangai kau ni."marah si Miza.
"Aku cuma rindukan kucing aku yang hilang minggu lepas. Kucing kesayangan aku lah !". aku masih cuba menafikan kejadian tadi tanpa meluahkan masalah yang aku hadapi sebenarnya.
"Iye sangatlah kau tu pun. Dah lah jom lah masuk kelas. Kejap lagi waktu Addmath. Nanti kena marah pulak dengan Tuan Syed tu. Dahlah homework dia bagi minggu lepas, aku tak siapkan lagi. hehehe". kata Ummi.
"Aaaarghhhh! Ummi! Aku pun tak siapkan juga. Macamana ni ??!! Nanti kena rotan dengan dia tu". menjerit Miza apabila teringat homework yang diberikan oleh Tuan Syed masih tidak disentuh.
"Tulah, aku buat hari Khamis last week taknak join sekali. Gedik nak buat dekat rumah. Aku dah siap dah. Werkk, buat lah sendiri. Aku tak nak bagi tiru dah. Hahahaha!". aku ketawa sambil mengejek.

OLDNEW
This Owner ♥
Click here


Welcome



Ola ! Please respect in my world.Harsh words are not allow.Follow me ? Up to you :)
Mood : Exhausting
Status :Journey as a senior for SPM2015 ♥

Chatting here ♥
Leave your footprint here


My Past ♥
Thanks for stalking :)

Old Memories


Credits ♥
A big clap for me and them ^^

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: AsmaaRostaaa

Thanks :)